Monday, September 24, 2007

kUih sErikaya ala Mok Jenab

Oleh sebab ramai yg kata x tahan tgk kuih nii..mencabar iman laa..ape laa..hehe aku dah buang beberapa pics tapi kat cni aku nak tambah resepi dia or cara nak buat kuih ni :


Bahan A :


5 kerek nisang/gula melaka


1 biji nyiur - amik santan pekat


3 helai daun pandan


Bahan B :


15 biji telur ayam


Cara masak :

Bahan A -

Masak nisang dengan santan pekat sampai nisang cair dan santan masak (jgn lupa taruh daun pandan itu). Kemudian sejukkan bahan A tapi bukan dalam fridge...hehehe

Bahan B -

Pukul (jgn ganas2) telur sampai kuning & putih nampak sebati.

Seterusnya -

Campurkan Bahan A yang telah sejuk dan Bahan B, kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Sila tapis adunan tersebut untuk mendapat kuih yg comel mcm saya..ahaks. sooo tunggulah hingga kuih anda masak...nak tahu masak atau tidak, buka penutup kukusang/pengukus dan cucuk kuih anda dengan batang sudu...kalu tak melekat tuh kira masak ler dan lagi satu kuih tu mmg naik bila dah masak.

2 comments:

odoole said...

wahh senang je nak buat rupanye!

tskkk meleleh air liur daaa

gina marna said...

odoole ~ senang le jugokk..tra le buat yek