Monday, December 10, 2012

Harijadi Tahun Ini

Semalam tarikh 9 Disember, harijadiku yang ke-34...alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk hidup di dunia Nya. Tiga hari sebelum harijadiku, 6 Disember 2012...anak kecilku yang tercinta Muhammad Irfan Shah telah dijemput Allah kembali ke sisiNya. Adakah itu hadiah harijadi terbesar dalam hidupku?? Alhamdulillah! Terima kasih Allah. Sesungguhnya kesabaran itu amat berat tetapi aku tahu buah kesabaran itu sangat manis...janji Allah itu pasti. Sedih....memang aku sedih tapi aku lebih gembira kerana aku tahu tempatnya sudah pasti di Syurga.