Monday, January 30, 2012
AJL 26
Posted by gina marna at 2:18 PM 0 comments
Thursday, January 26, 2012
Bab 4 : Jerat Percintaan
Zack_Idlan : Buzz!
Bella78 : yup
Zack_Idlan : aii u..lame x chat. g mane?
Bella78 : bz le
Zack_Idlan : asik bz je manjang..bile nk abih
Bella78 : selagi ade keje...hehe. so how r u?
Zack_Idlan : i x ok
Bella78 : nape lak? x sht?
Zack_Idlan : no...rinduuu
Bella78 : rindu kt sape?
Zack_Idlan : alahaiiii...kat u la syg
Bella78 : hmmm..mule ah tu :))
Zack_Idlan : btol pe..lame x chat ngan u. rindu i tau
Bella78 : hahahha...lawak arr
Zack_Idlan : lawak pe lak yang..btol nii..sumpah :)
Bella78 : ye laaa
Zack_Idlan : u x caya belah la dada..hihi
Bella78 : ok gak..meh la cni :))
Zack_Idlan : smpai ati u kan
Bella78 : lorr td nk sgt kasi belah dada...hahaha tau takut
Zack_Idlan : bkn takut la syg...seremm je..hihihi
Bella78 : mls lyn u nih...ngada2
Zack_Idlan : alaa..dh la lame x chat kate kite ngada2 pulak...kalo ade dpn ni i gigit2 dh
Bella78 : amboiii sdp je nk gigit..igt biskut ker
Zack_Idlan : u lg sedap dr biskut yang
Bella78 : eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...geramlah ckp ngn u ni.
Zack_Idlan : hihi mesti comel muke u mrh kan
Bella78 : aa ah comel sgt..cam musang..haha nk tgk ke
Zack_Idlan : kalo u tunjuk nk la..tringin gak tgk muke u
Bella78 : x yah laaa...i bkn lawa pun u nk tgk..:)
Zack_Idlan : ye ke x lawa? x cayalah...nama pun dh lawa..orgnye mesti lg cun kn :))
Bella78 : mane de..x ahhh
Zack_Idlan : ala jgn ar gtu
Bella78 : iyer
Zack_Idlan : emm..kite jumpe nk? dh 2 thn duk chat duk sms je...tringin nk tgk camne orgnye Bella78 ni
Bella78 : ermmmmmmmmmmmmmmm
Zack_Idlan : pjgnye ermmmm...leh laa yang
Bella78 : segan ah
Zack_Idlan : pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...:((
Bella78 : kang lps jumpe u lari..hehe
Zack_Idlan : lari peluk u lah...hahaha
Bella78 : Buzz!
Bella78 : gatallllllllllll
Zack_Idlan : tlg garuk...hihi
Bella78 : hmmm
Zack_Idlan : blh la ekk..jumpe. nak?
Bella78 : bile? katne?
Zack_Idlan : u x de outstation ke?
Bella78 : emmm...next month ade di KT
Zack_Idlan : haaa elok ah tu..nanti leh jumpe
Zack_Idlan : rindu la...
Bella78 : ngada2..:)
Zack_Idlan : ngan u je yang
Bella78 : iyelah tuu...ntah2 awek keliling pinggang
Zack_Idlan : mane de..hehehe
Bella78 : eeeeee...btol la tu
Zack_Idlan : i setia tunggu u
Zack_Idlan : :x
Bella78 : ermm..ok lah
Zack_Idlan : janji ekk..i'll wait 4 u
Bella78 : ok
Bella78 : i nk kuar ni..bos cr dh
Zack_Idlan : ok yang c u
Zack_Idlan : muah3
Bella78 : ok..bye
Zack_Idlan : bye
Salsabila tersenyum simpul...Dalam ramai-ramai teman chatroom Zack_Idlan yang paling rapat dengannya. Hampir 2 tahun berkenalan dunia siber, kadangkala berbual di telefon. Daripada perbualan yang ringan sampailah kepada perkara serius terutama masalahnya dengan Danial. Dia sedar dia tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita tentang masalah rumahtangganya kepada orang lain tetapi dia perlukan teman untuk bercerita...untuk bercerita dengan teman-teman di pejabat dia malu.
"Lama-lama gini boleh jatuh cinta aku ngan Zack ni..hmm"
Dia sedar keramahan dan sikap Zack yang setia mendengar keluhan dan luahan hatinya menyebabkan dia terasa begitu rapat dan mesra dengan lelaki itu. Mungkin lebih dari mesra...mungkinkah ini CINTA?
(to be continue)
Posted by gina marna at 10:00 AM 0 comments
Wednesday, January 25, 2012
Homework Untuk Mama
Ini speech therapist Irfan yang bagi...second homework nih...lahaiii mcm gi skool pulok..hehe. Mama pulok jenis malas ehh bukan malas tapi kurang kerajinan...hehehe. Aku dah try buat verbal imitation tuuu...bunyi2 ayam itik lembu kambing...dia x ikut pun tapi sengihhhh manjang..isk3 mama x leh jd therapist ler.
1. Imitation Skills
- action imitation
- verbal imitation
- - animal sounds
- - transport sounds
- open-palm
- 'nak'
- cooking set
- clothes
- without distracter
- with one distracter
Posted by gina marna at 2:46 PM 0 comments
Tuesday, January 24, 2012
Bab 3 : Ku Pendam Sebuah Duka
Kringgggggggggggg...
Salsabila menggeliat, dihulurnya tangan untuk mencapai jam loceng di tepi katilnya..jam menunjukkan tepat 6.00 pagi. Dia menggeliat lagi dan memandang ruang sebelah kirinya yang kosong. Sepatutnya ada sang suami yang tidur disebelahnya tetapi seperti biasa sang suami itu lebih gemar tidur di depan tv atau di atas sofa. Tidakkah dia sedar bahawa tidur berseorangan itu satu tamparan hebat buat wanita yang berkahwin..ruang katil yang kosong itu boleh dilihat tetapi ruang yang kosong dihatinya? Syed Darwisy Hakim permata hatinya masih nyenyak di dalam baby cot, sedikit pun tidak terganggu dengan bunyi jam loceng itu.
Salsabila bangun dan melangkah longlai ke bilik air.
Dia merenung wajahnya di cermin...
"Teruknya muka aku ni, tak bermaya langsung"
Dia mencuci wajahnya dengan laju dan menggosok gigi.
"Buruk sangatke rupa aku ni ehh? Memang buruk kot sebab tu Danial tak sudi tidur dengan aku..hmmm"
"Arghhh...ada aku kesahhh...dia tak nak, ada lagi lelaki yang nak"
Dia terus bermonolog sambil mandi...dia sendiri tak pasti mengapa dia berkata begitu,mungkin untuk menyedapkan hati sendiri atau mungkin suatu masa dan suatu ketika benar-benar ada lelaki lain yang akan muncul dalam hidupnya.
Selesai mandi dan berpakaian dia terus mengerjakan solat subuh...biasanya rutin itu akan berubah di hari minggu apabila tidurnya berlarutan ke tengahari, jam loceng sekuat mana pun tak akan boleh mengganggu tidurnya. Dia ke ruang tamu, niatnya untuk mengejutkan Danial yang sedang lena itu supaya bangun mengerjakan solat subuh. Namun seperti biasa usaha itu hanya sia-sia. Setelah putus asa dengan usahanya dia terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Rutinnya setiap pagi kecuali di bulan Ramadhan...Danial memang cerewet dan hanya ingin makan sarapan dirumah.
Walaupun hubungannya dengan Danial kadang-kala dingin, namun tugas sebagai seorang isteri tidak pernah diabaikannya. Dia sedar perkahwinan atas dasar pilihan keluarga ini bukan kehendak mereka tapi dia berasa hanya dirinya yang mencuba untuk memperbaiki hubungan mereka namun Danial tidak pernah sesekali memberi kerjasama. Kelahiran Darwisy dua tahun usai perkahwinan mereka juga tidak merubah suasana hubungan mereka. Dia pun tidak tahu bagaimana lagi untuk merapatkan jurang antara mereka.
Tiba-tiba menitis cairan hangat dari kelopak matanya...airmata, teman setia dan senjata seorang wanita. Pun begitu ada juga masanya Danial akan lebih bersikap hangat kepadanya, bila naluri kelelakiannya perlu dipenuhi dan bila poketnya hampir kosong. Jikalau tidak mereka seolah-olah hidup dalam ruang yang berbeza walaupun tinggal di dunia yang sama.
Salsabila cergas menyiapkan sarapan, mee goreng dan telur mata lembu dan seteko kopi 'O'. Kemudian dia ke bilik mengejutkan dan memandikan Darwisy yang kini berusia 5 tahun untuk ke tadika. Danial juga telah bangkit dari lena...tanpa perlu dikejutkan lagi kerana sudah tergoda aroma kopi 'O' kegemarannya.
Salsabila mengeluh.."Kejut sembahyang tak bangun..tau pulak bangun sendiri"
"Macam bagus...sembahyang pun tak cukup nak berleter kat orang pulak"
...Danial pantas menempelak.
"At least I cuba...tak macam U"
"Iyelah ustazah...U je yang betul"
"Buat sakit hati je layan orang sewel mcam ni..hmm"
"Dah...I nak mandi ni. Siap cepat-cepat kalau tak nak kena tinggal"
Bertambah sakit hati Salsabila mendengarnya...mereka pergi kerja bersama setiap hari walaupun ke destinasi berbeza kerana Danial tidak membenarkan dia memandu sendiri atau dengan kata lain membeli kenderaan sendiri. Katanya tak perlu nak membazir dan dengan cara itu dia boleh memantau pergerakan Salsabila. Pernah Danial meninggalkan dia kerana lambat bersiap, akibatnya terpaksalah dia menaiki teksi ke pejabat. Dia tidak mahu perkara begitu berulang lagi, dengan perangai Danial yang tidak menentu itu dia tidak tahu apakah yang bakal dihadapinya nanti.
Salsabila menyiapkan keperluan Darwisy ke tadika kerana anak itu akan berada di tadika dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Danial memang sayangkan anaknya tetapi ibu kepada anaknya tidak mendapat layanan yang sama. Adakah kerana tiada cinta atau adakah kerana ego Danial begitu keras untuk dia hancurkan. Tiada siapa tahu keadaan dirinya dan Danial hatta ibubapanya sendiri kerana dia tidak pernah membuka mulut untuk berbicara tentangnya. Kawan-kawan sepejabat selalu memuji dia bertuah kerana disayangi suami yang setia menghantar dan menjemput pulang sedangkan mereka tidak tahu apa yang tersirat dihatinya. Ibarat api dalam sekam...
(to be continue)
Posted by gina marna at 8:00 AM 0 comments
Sunday, January 22, 2012
Bab 2 : Pertemuan
Bulan Januari, tahun 2007.
"Syarifah, nanti u dapat kawan barulah...pangganti Puan Jamaliah akan lapor diri besok"
"ishhh tak suke la orang panggil Sharifah...panggillah Salsabila bos"
...Omelnya dalam hati. Dah nama tu panjang sangat...Syarifah Aina Salsabila.
"Ye ke bos? Oklah tuu...sian saya takde geng..hehe"
"Seronok la tu, tapi I dengar yang datang ni lelaki"
"Alahaiiii...iye ke. Kalau bujang ok jugak...hahaha"
"Amboiiiii...ingat sikit U tu dah kahwin dah ada anak puan Syarifah oiii"
"Bos ni...saya main-main jelah. Takkan la saya tergamak nak menduakan suami saya..ishh simpang keramat tok janggut..hahaha"
"U jangan cakap macam tu Syarifah, kalau yang datang tu hensem, macho macam Anuar Zain pujaan hati U tuu...hmmm I rasa U pun leh cair"
"apelahh bos aku nii...orang doakan yang baik-baik untuk anak buah...ishhhh"...
..."Sape pulok..sedap-sedap nak berblogging, dah abis idea aku"
..."Alamak, formalnye mamat ni..ber puan-puan la pulok"
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku...
Posted by gina marna at 8:00 AM 2 comments
Thursday, January 19, 2012
Bab 1 : Monolog
Aina Salsabila mengusap perutnya yang dilapisi baju kurung ungu..warna kegemarannya.
"Baby, mommy rindukan daddy...tolong janji dengan mommy, baby jangan tinggalkan mommy macam daddy..ok sayang"
Pandangannya dilepaskan ke laut....air yang biru dan tenang dengan bayu sepoi-sepoi bahasa. Apalah ertinya suasana yang indah dan damai ini sedangkan hatinya sedang gundah gulana. Secara rasminya dia dan Muhammad Syakir belum berpisah...tetapi sikap Muhammad Syakir yang menyepi dan menjauhkan diri seakan mengiyakan perpisahan itu.
"Baby, hanya mommy dan daddy yang berdosa, not you...you're so precious. Baby tanda cinta mommy pada daddy walaupun mommy tahu itu adalah cinta terlarang"
Salsabila mengambil telefon bimbitnya, tertera pada skrin wajahnya dan insan yang bertakhta dihatinya, Muhammad Syakir Iman Muhammad Ridzuan Hakim.
"Abang....i luv u, i miss u...so much. Hati sayang hanya untuk abang" luluh perasaannya mengucapkan kata-kata itu seraya airmatanya terus deras mengalir.
"Ya Allah, sungguh berat ujian dan dugaanMu ini...aku sedar semua ini balasan atas segala dosa-dosaku. Ampunilah aku Ya Allah...ampunilah aku hambaMu yang hina ini. Kau peliharakanlah anak dalam kandunganku ini kerana dia tidak berdosa...aku yang berdosa padaMu Ya Allah"
Salsabila menyapu airmatanya...dalam termenung dia terkenang kembali detik pertama perkenalannya dengan Muhammad Syakir...detik lima tahun yang lalu....
(to be continue)
Posted by gina marna at 8:44 AM 3 comments
Wednesday, January 18, 2012
Sejam berurut di Spa
Posted by gina marna at 2:43 PM 2 comments
