Sunday, November 25, 2007

blOgrEst...

start esok aku ke kUantan - kEy Ell - kampUng - kEy Ell - pUtrajaye - keMamaNg...maybe berblogging semula on my besday, 9th Dec..pehh it's my besday oredy?? huhu

Thursday, November 22, 2007

fenats..

ade sikit kesempatan utk hapdet blog ptg nii walaupun sedikit fenats...semalam sampai dr KT kul 9 mlm pastu trus join budak2 itu beramah mesra sampai kul 12...huhu dah pecah tembelang aku suke karoke..hehe pedulik hape kan..janji rockk..ahaks. emm dapat kain batik sarung lagi masa p KT...tapi bak kate Sofi..lom leh join lagi dgn org tuu..masih malu2 gtu. len kali belanje la lagi yek tuan dokter...

Laut China Selatan...pantai Batu Buroks


sibuk juge jalan di KT ni rupenye yek..hehe br tau ke


hmm..tomyam sedap..paprik pon sedap..


thanks uols...

Thursday, November 15, 2007

galOk..hihi





hehehehe...tgh sibuk2 edit slide powerpoing dang lagi bergaloks..ahaks. yg aku peliknyer nape selebriti ni seme yg putih2 gtu..auwww terharu, adakahh aku bertambah cerah..hihihihi..sakit nguhh. emmh...tapi betul la aku x perasan..mmg selama ni muke aku dgn heroin superman tuh mmg serope..hihihi nebengs sgt2...lalalalalalala

fAkta atau aUta

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !! Hehehehe....

Tuesday, November 13, 2007

rEnungan hari sElasa : Pendengar yang baik

aku penah baca dalam sebuah buku berkenaan komunikasi...katanya manusia tidak lahir dengan kepandaian untuk berkomunikasi tetapi ia perlu dipelajari. huhu cam n3 ilmiah jer di petang hari yg sejuk ini..sebenornye jiwa aku tgh kacau nih...mcm2 hal yg timbul psl keje pastu dgn anak buah baru ni lagi..hmm semenyer buat aku fening. dah le kene keje 7 hari..lalalalalalala.



tadi ade kes yg nak buat aku marah tapi aku buat2 kool..siap gelak2 lg dgn mamat tu walhal aku wase nak cekik2 jer dia..tau la ngko tu br putus cinta jgn sampai keje pom tunggang terbalik..eeee geram aku. jadual dah ade tapi buleh lupe dah tu x prepare langsung padahal aku dah bagi tau bulan lepas lagikk...eeee ni aku wase nok bertukar jd resaksa nih. sib baik la anok2 murid tua pesen ok2 laker tp time penilaian esok tgk ler camne. esok luse aku tak tau la ape nak jadi lagi nii..huhuhu. ape kene mengene kes aku ngan n3 niii?? ntah le aku pom konpius dah. bos suh outstesen nextweek..hmm mlsnyerrrrrr...tolongggggggggggg.




Monday, November 12, 2007

kEje ape??

keje ape nii sampai ari minggu pon keje..huhu encik banji ckp fire briged pon cuti gak..hehehe. keje ape? biaselah SYMP niii...skrg musim pengambilan baru..sooo kene keje lebih la walaupun bayaran tetap same (ujung2 tawun ni bajet kureng kan)..hehe leh dapat anugerah pekerje paling gigih kot. cesss..org lain pun same daa kene keje gop. chaiyuk2..demi negara gtu. paling penting sape2 yg terpilih jd pEgawai tuttt jgn le pulek lupe diri kan...sendiri mau igt la kannn..yer x encik fendi...hihi.

mcm2 aksi ada

Sunday, November 11, 2007

udang sebalik batu

hasil sentuhanku gune potoshop cs2..ahaks


malas nak cakap...
kang dapat dose ngumpat lagi pahtu mengabihkan borehhh yooo..
nyampahh.

Tuesday, November 6, 2007

Desktop Publishing Course

Perisian2 yang diajar dlm kelas ini adalah Adobe Indesign, Photoshop & Illustrator...kemarin sehari belajo Indesign..tapi aku rugi sket sbb kelas malam x leh dtg. must entertain laki & anak kat umah kan..hehe. anyway kursus ni akan abis pada hari rabu nii...sooo bz2 sblm ber Deepavali la kaedahnyer. me & the gang especially yg jadi editor/ajk majalah jabatan ni mmg very der seswai la masuk kursus nii...sebut pasal majalah jabatan, edisi Jan -Jun pun x kuor lagi nii..dalam proses gtu..hehe dah nak ujung tahun pun weyy..wat malu kompeni jer. aku pun nak mintak ampun & maaf pada jejaka yg tgh 'mengidam' di putrajaya tuu...x sempat lagi nak kirim ko punye keropok..walau mcm2 maner pun aku akan tunaikan janji aku yek. sabor..


cikgu yg encem, lemah lembut & ramah tamah githu

si Dib budak praktikal IT..ade bakat jd reporter mjlh gosip..hihi

my page...berita hangat bollywood

final touch..sesudah 10 kali percubaan


...emm lupe nak snap gambo mug yg aku buat dgn susah payah itu..hehe x mboh wi susoh guaner, blang2 belajo blang2 chatting dgn jejaka di atas sofa itam..huhu sape tatau :)

Abangku akan kahwin sebelum 2009

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini mengumumkan untuk menamatkan zaman bujangnya sebelum 2009. Bagaimanapun, doktor bedah ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu tidak memberitahu siapakah gadis pilihannya.
‘‘Saya kini sudah berumur 35 tahun. Saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya berharap untuk berkahwin sebelum 2009,” katanya.

...hmmm siapakah gadis bertuah iteww?? sib baik la pompuan leh berORIGAMI ajer bukan berPOLIGAMI..hiks.

Sunday, November 4, 2007

ting-tOng

paler wase ting-tong nih...maybe sebab x sahur pun semalam.
yup today is the first day..huhu syawal nok abis dah weiii. achah lak pagi-pagi bangun dah muntah...nasib baik la jenis yg cergas, trus p dlm toilet..bagus anak mama. x sihat lak tuu...
emmh hari ini seorang lagi wanita menjadi mak jan..kawan aku dah lafazkan talak pd isteri pertama nyer..huhu aku lak tumpang sedih. siapalah aku atau kamu atau mereka untuk berkata apa-apa..maybe itulah jln terbaik walaupun jalan itulah yg paling dibenci.

hAppy hOur