Tuesday, December 10, 2013

Selepas Banjir

Nak satu slice...huhuhu


Alhamdulillah banjir dah surut sepenuhnya...3 hari terkurung di rumah tanpa letrik, tanpa air, tanpa talian telefon & tangki minyak kereta yang hampir kering. Balik ke pejabat pun kerja dalam gelap. seingat-ingat duduk di Kemaman sejak 10 tahun yg lalu tak pernah banjir besar gini. Alhamdulillah juga rumahku memang tak sampai air banjir tapi dah jadi macam pulau sebab tak leh nak keluar ke mana dah..ke Kuantan jalan tutup, nak ke Kuala Terengganu pun sama...terperuklah di rumah, hampir-hampir jer nak menyerah diri ke pusat pemindahan banjir tapi rasa macam tak perlu..orang lain lebih memerlukan lagi rasanya.

6 Disember genap setahun pemergian anakanda Irfan...hati, jiwa dan raga tak pernah melupakan dia...semoga damai di sana anak syurgaku...mama always love u!

Alhamdulillah juga semalam 9 Disember hari lahir yang tak diraikan pun sebab semua kedai kek dah tenggelam dek banjir atau barang mereka rosak sebab takde letrik...huhuhu bukan sebab tu pun tapi sebab dah tua kot..laki pun tak ingat besday bini dia..uhuhuhu. Nak choc indulgence tapi SR Kemaman teruk selam banjir...kesian..kesian..kesian..hmm tapi dorang leh claim insurans kan...:)