Ambe punye suke la nak merapu ape pOn...kerana ini blOG ambe yang punyaa...hohoho veryderr
Thursday, September 27, 2007
tag bUlan pOse
Soalan 1
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
emm..igt2 lupe laa tp rsnye mase Darjah 2..kire2 nyer 8 tahun la tuh.
Soalan 2
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
tak penah pom lps dah pandai puase penuh..err..terlupa tu ade la jugok..hehe pastu x pose trus satu hari..aci dop??
Soalan 3
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Biase la tuh nak merryah le katakan…tapi aku berani main bunge api jer..hehe sebenornye aku ni penakut dgn mercun. Fobia le tgk dlm tv org putus jari la..bute la..ish3
Soalan 4
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Hmm…very der punye soalan. Bykkk le feveret aku tapi setelah disaring semua jawapan tuh..aku wase paling tepat mestilah kuih serikaya made by my mom not the tunjuk2 one. Sila rujuk pic entry sebelumnyer….hihihi
Soalan 5
Lagu raya manakah yang anda suka??
Hmm…ni pun very der..ahaks. anyway mestilah lagu2 yg merryah gtu & lagu wajib Ahmad Jais..hehe antaranya
“indahnya sungguh di hari Raya..ramailah orang bersuka ria..adikku manis cantik bergaya bolehkah abang ikut bersama..”
"selamat hari raya aidilfitri mulia..ampun maaf dipinta mencuci hening dosa..."
Soalan 6
Tahun ini anda beraya di mana??
Of kos umah mak ayah aku & of kos juge umah nenek mertua aku (papa ank yatim..huhu).
Soalan 7
Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tak penah & tak ingin..hehehe
Soalan 8
Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Semua hari raya tuh manis pada aku…walaupun ade tahun2 tu terpaksa beraya dalam banjero..huhu tetaplah manis jua.
nak tag sape yek?? x payah la kut eh...hihi
Monday, September 24, 2007
kUih sErikaya ala Mok Jenab
Oleh sebab ramai yg kata x tahan tgk kuih nii..mencabar iman laa..ape laa..hehe aku dah buang beberapa pics tapi kat cni aku nak tambah resepi dia or cara nak buat kuih ni :
Bahan A :
5 kerek nisang/gula melaka
1 biji nyiur - amik santan pekat
3 helai daun pandan
Bahan B :
15 biji telur ayam
Cara masak :
Bahan A -
Masak nisang dengan santan pekat sampai nisang cair dan santan masak (jgn lupa taruh daun pandan itu). Kemudian sejukkan bahan A tapi bukan dalam fridge...hehehe
Bahan B -
Pukul (jgn ganas2) telur sampai kuning & putih nampak sebati.
Seterusnya -
Campurkan Bahan A yang telah sejuk dan Bahan B, kacau sebati dan masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Sila tapis adunan tersebut untuk mendapat kuih yg comel mcm saya..ahaks. sooo tunggulah hingga kuih anda masak...nak tahu masak atau tidak, buka penutup kukusang/pengukus dan cucuk kuih anda dengan batang sudu...kalu tak melekat tuh kira masak ler dan lagi satu kuih tu mmg naik bila dah masak.
Thursday, September 20, 2007
sEdih...
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20070920141322/Article/index_html
tazkiraH Ramadhan
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
- Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as - Siyam, Al - Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al - Bukhari) - Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al - Bari, 4/138) - Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu - waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az - Zariyyat : 18) - Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .
Menurut dalil - dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al - Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam. - Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya. - Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. - Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al - Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al - Bukhari) - Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja - kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini. - Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .
Sedangkan Imam As - Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al - Jami' as - Soghir ; Faidhul Qadir, Al - Munawi, 6/291) - Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As - Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278) - Wanita berterawih beramai - ramai di masjid tanpa menjaga aurat .
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. - Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut : -
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At - Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Sunday, September 16, 2007
Salam Ramadhan
aku harap 2 or 3 days lagi aku akan sama-sama berpuasa dgn sumer org..barulah nikmat tu terasa. dan untuk semua org yg aku gelar sahabat seperjuangan di alam maya blog ini, harap mohon ampun maaf zahir dan batin kerana...
satu jelingan
Tuesday, September 11, 2007
8 randOm facts/habits abOut ME
Here are the rules :
1. Each blogger must post these rules
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged and to read ur blog.
1. berkemas hanya bila dah semak tahap kritikal..hehe. cakap ler aku ni ape pon tp mmg gitu ler peel aku. kalo baju tuh aku basuh untuk seminggu pastu ntah bile time aku rajin tahap gaban baru aku lipat..huhu tp x ler aku menyempahkan merata-rata, aku buh dlm bakul yek. pastu atas meja keje aku pon mesti dah bertimbun dulu dgn fail, kertas, buku or ape2...dah sampai tahap aku menyampah tgk...hehe aku kemas ler. tapi bile mood rajin aku dah mari...abis la licin aku kerjainn.
2. susun barang especially pakaian & tudung ikut tema. aku rase ramai org ade habit mcm aku nii kan. kalo jemur baju mesti ikut jenis...seluar dgn seluar..t-shirt dgn t-shirt...bla..bla..bla. samalah dgn brg2 lain. kalo susun tudung mesti ikut range kaler dia...hehe. kalo tak mmg tak puas ati punye. kalo susun baju kurung mesti dgn baju kurung gak...samelah dgn lain2.
3. suke kumpul majalah Mingguan Wanita...sbb sy ni suke membaca..ahaks. sebenornye aku ni tak beli versi everyweek tuu tp aku tgk isi kandungan dia ape dulu or plg penting cover depannye sape..skrg koleksi ni ade dlm lemari di opis nii & selalu gak akak cleaner dtg pinjam dgn aku..x perlah as long as x ilang ke mane kan..
4. kalo bab shopping ni aku kurang arif tang nak tawar menawar rege barang...mmg aku serender ler. papa lagi pandai drpd aku. kalo aku nih setakat org bg kurang sehinggit pon aku dah kira ok..walaupun pada org lain still mahal lagi. sebab tu kalo nak p jalan2 Pasar Payang ker Pasar siti Khadijah ker Rantau Panjang ker...aku mesti pegi dgn org lain, x pun dgn papa..sbb aku x reti nak menawar/bargain rege barang ler.
5. beli ubat gigi jenama Darlie shj...sbbnye aku kan suke kaler ijau..hihihi very der setia gtu. ntah ler mmg x leh gi dgn jenis lain. ade orang kate same jer..hmm tapi pada aku ade bezanya tuu. berus gigi pon always la kaler ijau walaupun tukar2 jenama or tukar2 peseng tetaplah kaler the ijau one..huhu.
...okeh 5 dulu ekk..lagi 3 utang dulu..hehe sok luse bayorSunday, September 9, 2007
Suprise
Bengkel MPK/FM 9 - 13 September
dok tahan ler masuk bengkel gini. jenuh la nok perabih 5 hari ni dgn bengkel ini..huhu.
lunch x sedia tp ok gak laa ade minum pagi & petang kan...kalo tak tambah bosangggggg ler...hehehe sebenornye leh la jimat cermat sbb bonus pon x dok tahun ni kan..hahaha..harun..
Wednesday, September 5, 2007
Lari situ sana sini
nextweek plak bos nak buat bengkel Fail Meja..matilaaa bertahun x hupdet..hihihi. igtkan before pose leh la rehat sket x pon pose awal sbb EF kate leh kurangkan perut dr terkejut..huhu. aku wase ok la lagi sbb stat masuk keje mmg aku buat dah Fail Meja nii..tp ade orang rupe Fail Meja pun tatau..sian sgt. elok juge ade bengkel nih..leh asah balik ape2 yg dah tumpul dlm kepala nii...kann very der gtu.
Tuesday, September 4, 2007
Kasih Tercipta - Faizal (One In A Million)
Setelah cintaku kau puja rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oh hati lara
Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang ku miliki
Cintaku jujur selama ini
Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya… pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku oh terus terluka
Ooh... Kasih tercipta
Ooh... Carilah ku sayang
Mesra suaramu... kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Pabila bersamamu, debaran
Darah arus mengalir, cinta
Lahir selamanya
Berilah selamanya
Berilah... kucupan sayang
Biar terukir wajah...
Kasih tercipta...
Berilah... kucupan sayang
Biar terukir wajah...
Kasih tercipta
Ooh... kasih tercipta...
Kini ku mengerti
Walau berbisa
Ku rela kiranya kau bahagia
Sunday, September 2, 2007
MERDEKA
malam 29/08 lepas aku akhirnya bertugas jua menjadi emcee dalam kelenguhan kaki dan tangan..huhu Malaysia boleh..gina pun bolehh..gtu. bile dikenang-kenang sepanjang idup aku selama 28 thn 8 bulan nih..hehe wasenye tahun nilah sambutan Hari Kemerdekaan yg sgt bermakna dan aku paling byk terlibat. ade upacara naik bendera besor, pastu dlm bilik pun pasang bendera, selalu nyanyi lagu patriotik..hehehe. x kire gi dataran Merdeka tahun 1999-sbbnye ptg tuh ramai org asing drpd rakyat Malaysia sendiri...huhu sampai aku wase duk kat bangladesh jer. bulan Merdeka tahun ini jugak menyaksikan banyak adegan terjadi dalam hidup aku...dengan eksideng, dgn pinjam kete org, dgn pening pk nak tuko kete ke idak..huhu botak arr.
31 Ogos...aku lepak kat umah mak jer..pagi2 tgk perarakan Merdeka kat tv. wahh ensemnyer YDPA & Permaisuri pun cun gtu..anyway tak ler teruja sgt mcm zaman bebudak dulu, seronok sgt tengok perarakan hari Merdeka nii. papa lak dah anto kete yg dipinjam arituh..so kami x ke mane2 le org kate patoh kaki gtu. mak aku plak sibuk pegi buat kuih bengkang @ kuih bakar kat umah ustazah melah untuk bawa esoknye sbb ade acara menghantar/menyambut menantu di KB...anak aku si achah lg best..melompat sane sini dgn sepupu2 dia, lom fhm erti Merdeka lg. yg kelakonyer Jalur Gemilang tuh dia panggey Merdeka..hihihi.
1 September...abg aku setuju bagi pinjam kete dia..huh selamat. sian jugak dia kat adik dia nih..mak terharu uols..ops. so lps anta abg aku balik umah dia di krai..mlm tuh kami bertolak le pulang dr kampung. masa nak bertolak tuh dah kol 10 mlm...sesampainyer dpn klinik DBI..ade trafik jem yg sgt ler jemnyer. nih kalo kete leh tuko mcm transformers kan best..hahaha. sepanjang jalan byk bulan mengambang putih haaa...rupe-rupenye deme ade buat rapat ker perhimpunan ker jom heboh ker..ops..ape ntah tp yg pasti jem giler babas le. paling geram bile ade pemandu bodos & nebengs main potong jer pastuh mule la nak cilok2..geram betul aku haihhh. x merdeka punye orang. akhirnye kul 3.30 pagi baru kami sampai di umah..aku terus la terbongkang x sedar diri..hehe tp ok gak la..6.30 sempat bangun solat subuh..huhu pastu p keje...huarghh ngantuk la pulokk.