Tuesday, April 10, 2007

Aku suke


Datuk Ahmad Jais
Datuk Ahmad Jais atau nama sebenarnya Mohd Jais Ahmad merupakan seorangpenyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Beliau dilahirkan di Kapar, Kelang, Selangor.

Lagu-lagu popular beliau antaranya : Gelisah, Lembaran Terakhir, Mengharap Sinar Menelan Kabus, Bahtera Merdeka, Azizah, Kucupan Azimat, Di Ambang Sore, Takwa Iman dan Umpan Jinak Di Air Tenang.

Anugerah-anugerah yang diperolehi sehingga sekarang : Juara lagu asli 1959 & 1960, Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2002, Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002. Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 2006




Datin Rafeah Buang
Allahyarhamah Datin Rafeah Buang dilahirkan di Kampung Pisang, Singapura pada 25 Julai 1948 dan muncul sebagai seorang bintang dalam bidang nyanyian selepas menjuarai Bintang Satria Singapura tahun 60-an.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 24 Julai 2002. Allahyarhamah disemadikan di sebelah pusara anaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan.

Di antara lagu-lagu beliau adalah Disebut Jangan Dikenang Jangan, Jinak Merpati, Bisikan Hati, Dari Hati Ke Hati, Selasihku Sayang (duet dgn Datuk Ahmad Jais), Don Juan, Kenangan Di Rantau Abang...



Selasihku Sayang
( L )
Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan
( P )( 1 )
Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Lambang percintaan
( L )
Hai kencana dewi kasih yang kurindu
Kukenang selalu
( P )
Sayang semoga tak kan layu
Cinta yang sejati kekal dan abadi
( L )
Hai cendana dewi kau tetap ku
kenangJanganlah kau bimbang
( P )
Sayang kau tetap kan pulang
Di sisiku sayang membawa harapan
( ulang 1 berduet )

2 comments:

NJ@Goboklama said...

mana dapat gambau2 tu? hapdetla cepat :)

gina marna said...

hehehe...kite rajin surf laaa. minat punyer pasal. hapdet bile free sket. weekend pun keje niii...huhuhu