Tuesday, December 10, 2013

Selepas Banjir

Nak satu slice...huhuhu


Alhamdulillah banjir dah surut sepenuhnya...3 hari terkurung di rumah tanpa letrik, tanpa air, tanpa talian telefon & tangki minyak kereta yang hampir kering. Balik ke pejabat pun kerja dalam gelap. seingat-ingat duduk di Kemaman sejak 10 tahun yg lalu tak pernah banjir besar gini. Alhamdulillah juga rumahku memang tak sampai air banjir tapi dah jadi macam pulau sebab tak leh nak keluar ke mana dah..ke Kuantan jalan tutup, nak ke Kuala Terengganu pun sama...terperuklah di rumah, hampir-hampir jer nak menyerah diri ke pusat pemindahan banjir tapi rasa macam tak perlu..orang lain lebih memerlukan lagi rasanya.

6 Disember genap setahun pemergian anakanda Irfan...hati, jiwa dan raga tak pernah melupakan dia...semoga damai di sana anak syurgaku...mama always love u!

Alhamdulillah juga semalam 9 Disember hari lahir yang tak diraikan pun sebab semua kedai kek dah tenggelam dek banjir atau barang mereka rosak sebab takde letrik...huhuhu bukan sebab tu pun tapi sebab dah tua kot..laki pun tak ingat besday bini dia..uhuhuhu. Nak choc indulgence tapi SR Kemaman teruk selam banjir...kesian..kesian..kesian..hmm tapi dorang leh claim insurans kan...:)

Tuesday, November 26, 2013

Kisah Sama tapi Tak Serupa 2.0

Memang sama tapi serupa punya kejadian...huhuhu daunnyer mmg sama...bunga yang tak sama. Aku pun jadi kompius ngan tukang jual ni..dia tau ke tak tau pokok tu lain-lain punye. Kalo beli kat nurseri leh gi buat aduan...huhuhu nasib la mcm comel jer..mcm comel jer..:)



Bunga pokok contoh


Bunga pokok beli

Monday, November 25, 2013

Masak-masak...


Apple crumble mkn dgn eskrim vanila


Beef lasagna


Roti nan & kari daging Ramly


Lamb chop


Chicken chop

Ketam rebus...:)

Sunday, November 10, 2013

Kisah Sama tapi Tak Serupa

Pokok orkid ni dibeli masa karnival bunga & tanaman di bandar Cukai tp dah lupa bln brp. Nak beli yang sedia berbunga mahal sangat sooo akak angkat la satu (bak kata mat bangla yang jaga stall nii) tapi kerana tak mampuuu akak angkat anak pokok jer 2 pasu, keratan 2 pokok, pasu 3...hihi banyak jugak kena bayar tadi kate tak mampuu..hihihi.

Alkisahnya 2 hari lepas dia berkembang setelah berbunga for the first time...huhuhu akak kuciwaa tapi still bersyukur..sebabnye pokok contoh yang akak tgk tu lain benor bunganye. Sempat snap aritu pakai hp hubby..bunga bintik2 purple & krim pahtu besor skit. Yang ini lain, kecik lok tuu..huhuhu. rupa-rupanya daun & pokok je sama..sama tapi tak serupa..hehehe. 



Tecit jerr


Close up gni nmpk beso 

Wednesday, November 6, 2013

Update kebun

Gambar-gambar ni dah agak lama...sebelum kejadian keguguran. Alhamdulillah bunga telang sangat aktif berbunga & dah berhasil masak nasi kerabu biru dengannya..TQ Diana. Ros pun dah berbunga untuk second round tapi kali ni ade sekuntum jer...anyway pagi td dah confirm ade 2 lagi putik nak bertunas...yeayyy. Sundal malam yang dibeli dr Pasar Jumaat masa blk kampung dah layu bunganya & dah dipecah-pecah, ke 3 pasu & satu direct ke tanah..Satu dah bagi pada kawan pejabat as souvenir& satu lagi nampaknya dah nak berbunga...wahhh kembang idung berjaya tanam bunga yang rata-rata orang bagi tau susah nak berbunga kecuali mereka yang pakar atau sejuk tangannya..:). Tak rugi melabur RM15 (mahal ker?)..hehehe.


Bunga pertama, benih dari KBB



Bunga kali ke-2, pokok asal Cameron Highlands



Sundal malam hasil belian di Pasar Jumaat, sedia berbunga

Selepas 44 Hari

Alhamdulillah badan dan minda masih sihat..Terima kasih ya Allah. Kau tarik satu nikmat tapi Kau beri nikmat yang lain. Wanita mana tak sedih kerana kehilangan anak dalam kandungan, lebih2 lagi aku yang sangat berharap..tapi perancangan Allah lebih baik. Aku terima, tanpa sakit hati...kesakitan lepas proses erpoc pun aku dah boleh lupa :) Alhamdulillah.

So, life must goes on.

Wednesday, September 11, 2013

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya

Still kerja sehari sebelum Raya & masuk kerja 3 hari selepas Raya...hui3 sejarah betul tahun nih.
Apa nak buat, redha jer lah wahai hati.
Rasa mcm mood ke laut jer Raya tahun ni..x per lah..
Duk baca majalah Anis ni terbaca satu artikel yang very good..wajib baca gtu.



Monday, July 29, 2013

Positif



Alhamdulillah...Terima kasih Allah.
Walau dalam hati ada sedikit bimbang..tapi apa-apa pun yang diberi aku redha.

Monday, July 15, 2013

Selepas Hujan

Hujan lebat yang turun kebelakangan ni banyak manfaat kepada kebun yang sekangkang monkey tu tapi ada beberapa pokok yang x tahan dengan air yang banyak bak kate orang Ganu, carok air. Gladiolus yang berlima dah tinggal 3 yang masih survive...harap2 leh bertahan sampai berbunga. Pokok cekur yang selama ni tidur dah bangkit kembali..wawawa seronoknyer nak wat nasik kerabu. Pokok bunga telang yang beli dari Kebun Bahagia Bersama juge dah cantik perkembangannya..hope tak dimakan lagi dek siput2 b@bi tuu...huhu.


Kanan dah membesar bagai johan tp kiri still malu-malu meow nok kuar


Empat-empat dah kembang...yeayyy!


Cekur yang sihat sebelah gladioli yang duk setara tuu je


Orkid liar...tak tau nama pun


Bunga telang yang ditunggu-tunggu :)


Pudina..dah boleh buat teh & beryani

Koleksi Menu Buka Puasa :)


Cek mek molek & sweet potato balls


Set piza @ MesraMall


Bahan nak buat puding roti


Puding roti (croissant) in the making


Side dish lamb chop


Lamb chop black pepper..nyummm


Teh with pudina tanam sendiri..ahakz

Thursday, July 11, 2013

Kau mawarku..

Tak pasti apa nama ros ni tapi aku panggil dia Strawberry Candy :) hihi sebab belang2 tu mcm candy kan. Sepatutnya 5 kuntum tapi sekuntum dah layu sebelum berkembang, terpaksa buang. 

 Kecik & cute


Close up bunga 1


CLose up bunga 2

Wednesday, July 10, 2013

Gladiolus Part 2


Pasu 1 x dok perkembangan sangat
Pasu 2 makin meninggi
Pasu 3 makin teruk perkembangannya...huhuhu

Sunday, July 7, 2013

Monday, July 1, 2013

Teringin



Hari ni puasa lagi...teringin nak buke puasa ngan mende alah nii...kerabu suhun. Teringat-ingat lagi makan kat hatyai & pdg besar. Semalam dh beli suhun, tomato & daun ketumbar (tunggu yg tanam lmbt lg menjadi..hihihi). InsyaAllah ade kerajinan leh mkn buke puasa petang ni..sekarang jugak mengoogle resepi :).

Sunday, June 30, 2013

Alahai monyet

Belakang rumah ni ade bukit & memang banyak binatang duk ctu..salah satunya monyet. Monyet2 ni mmg nakal, suka turun cari makan a.k.a sepahkan tong sampah & petik buah2 kat taman perumahan ni. Rumah aku pulak memang dah jadi laluan wajib dorang..sebab tu la buah ciku aku selalu jadi habuan dorang. Pokok kari aku sesajer dia gi patah-patahkan, rumpun pandan aku pulak dia cabut makan umbut...

Pagi ni aku jenguk ke tempat semaian pokok & orkid...hampesss btol la monyet, dia buat tempat main gamaknyer..huhuhu anak labu yang nampak mcm nak menjadi tu dah jadi mangsa dia dulu..habis pasu dia terbalikkan. Pokok lengkuas pun jadi mangsa kali ni..hmm tak tau nak cakap ape..ALAHAI MONYET..monyet betol!! hehehe

Friday, June 21, 2013

Cerita Baju Raya


 Website kegemaran tempat shopping online Thepoplook dah keluarkan raya collection...huhuhu mavelessss!   Akan tetapi bajet tak la mavelesss sangat...:) hehehe. Umm yang bestnyer sumer collection ni nama bunga ade Gladioli, Petunia, Viola & Magnolia...perghhh secantik bunga.



Sunday, June 16, 2013

Hijaukan bumi

Tajuk tu macam projek besar-besaran jer..sebenarnya kecil-kecilan jer. Selama ni bukan tak menanam tapi banyak yang mati dari hidup...serai dua rumpun & pokok kari yang ala-ala pokok rambutan dah tu papa tanam..yang aku tanam pokok lengkuas. Pokok limau kasturi dua kali mati...pokok limau purut sekali mati..satu lagi hidup segan mati belum lagi. pokok nenas papa 3 pokok brp lama tanam tak berbuah, dapat kat aku terus cabut..rasakan..hihihi. Lain-lain yang subur heliconia, pokok bunga melur, costus spicatus/pokok lipstik, Calathea Clotalifera, Amaryllis & pokok ciku yg berbuah selalu tp buahnyer jadi makanan monyet2 nakal yang cerdik..huhuhu. Selama 4 tahun tanam ciku tu baru sekali merasa buahnya..rezeki monyet nak wat guaner.


 Benih beli dari Blog Tanam Sendiri

10/6/2013 terima benih pesanan dari Blog Tanam Sendiri...beli 6 jenis benih dpt 1 percuma.Balik umah tu terus rendam & semai...eksaited la kan..kalau biar lama2 kang x jadi projek. Alhamdulillah jenguk pagi semalam benih tomato ceri dah bercambah & petang pulak benih bayam daun bulat dah muncul...yeayy. Tak sabar nak tengok anak kacang botol, ketumbar, salad & betik sekaki plak... Benih terung telunjuk baru malam tadi semai..Hope menjadi...kalau tak 100% pun 50% dah kira berjaya kot..hehehe.

 Benih beli dari Blog Kebun Bahagia Bersama

13/6/2013 pulak terima parcel dari Blog Kebun Bahagia Bersama..Beli anak mulberi & corm Gladioulus jer tapi dapat pulak benih bunga telang, labu & keratan mulberi...Thanks a lot Diana..saya doakan bertambah murah rezeki & kebun sentiasa berhasil :)..aminnn. Tak sabar nak masak nasi kerabu biru sendiri..hihihi.

 Nurseri comelku :)

Second attempt semai pudina

Oleh kerana tengah semangat, hari Jumaat & Sabtu teruslah bekerja di laman sekangkang anak dinosor tu..5S la kununnya. Semak samun ditebas & tempat semaian susun elok..termasuk pokok2 orkid yang hampir mati sebab kena tinggal holiday aritu...huhu sian dey ols. Lepas ni projek vege patch plak..benih yang disemai tu nak pindah ke vege patch...lalalalala..seronoknya.

Rumpun serai & lengkuas dah trim cantekkk 

Masa gi Padang Besaq dapat benih bunga bebawang 3 ketul, balik kampung lak kakak bagi pokok kucai & benih cili burung. Pastu cubaan kali ke-2 semai batang pudina..harap2 kali ni berjaya hidup. Aku suka minum teh campur pudina & buat nasi beryani...nyum3.

 Rumpun serai ke-2 pun dh cantekk..sebelah2 tu pokok Calathea Clotalifera

Heliconia, Calathea Clotalifera & Costus Spicatus yang benihnya aku mintak dengan tukang kebun kat pusat Latihan JBA Pahang, Janda Baik memang subur...Heliconia sejak tanam di tanah semakin galak berbunga tapi dah abih trim..pokok lipstik pun subur..just Calathea tu baru nak subur balik..dah pindah ke tanah ok la kot, dia lemas duk dalam pasu...hihihihi. 

Orkid dalam botol minyak ats pokok kari...hehehe

Tanah kecik jer tapi angan2 besar...tapi di mana ada kemahuan, insyaAllah di situ ada jalannya....:)