Sunday, June 16, 2013

Hijaukan bumi

Tajuk tu macam projek besar-besaran jer..sebenarnya kecil-kecilan jer. Selama ni bukan tak menanam tapi banyak yang mati dari hidup...serai dua rumpun & pokok kari yang ala-ala pokok rambutan dah tu papa tanam..yang aku tanam pokok lengkuas. Pokok limau kasturi dua kali mati...pokok limau purut sekali mati..satu lagi hidup segan mati belum lagi. pokok nenas papa 3 pokok brp lama tanam tak berbuah, dapat kat aku terus cabut..rasakan..hihihi. Lain-lain yang subur heliconia, pokok bunga melur, costus spicatus/pokok lipstik, Calathea Clotalifera, Amaryllis & pokok ciku yg berbuah selalu tp buahnyer jadi makanan monyet2 nakal yang cerdik..huhuhu. Selama 4 tahun tanam ciku tu baru sekali merasa buahnya..rezeki monyet nak wat guaner.


 Benih beli dari Blog Tanam Sendiri

10/6/2013 terima benih pesanan dari Blog Tanam Sendiri...beli 6 jenis benih dpt 1 percuma.Balik umah tu terus rendam & semai...eksaited la kan..kalau biar lama2 kang x jadi projek. Alhamdulillah jenguk pagi semalam benih tomato ceri dah bercambah & petang pulak benih bayam daun bulat dah muncul...yeayy. Tak sabar nak tengok anak kacang botol, ketumbar, salad & betik sekaki plak... Benih terung telunjuk baru malam tadi semai..Hope menjadi...kalau tak 100% pun 50% dah kira berjaya kot..hehehe.

 Benih beli dari Blog Kebun Bahagia Bersama

13/6/2013 pulak terima parcel dari Blog Kebun Bahagia Bersama..Beli anak mulberi & corm Gladioulus jer tapi dapat pulak benih bunga telang, labu & keratan mulberi...Thanks a lot Diana..saya doakan bertambah murah rezeki & kebun sentiasa berhasil :)..aminnn. Tak sabar nak masak nasi kerabu biru sendiri..hihihi.

 Nurseri comelku :)

Second attempt semai pudina

Oleh kerana tengah semangat, hari Jumaat & Sabtu teruslah bekerja di laman sekangkang anak dinosor tu..5S la kununnya. Semak samun ditebas & tempat semaian susun elok..termasuk pokok2 orkid yang hampir mati sebab kena tinggal holiday aritu...huhu sian dey ols. Lepas ni projek vege patch plak..benih yang disemai tu nak pindah ke vege patch...lalalalala..seronoknya.

Rumpun serai & lengkuas dah trim cantekkk 

Masa gi Padang Besaq dapat benih bunga bebawang 3 ketul, balik kampung lak kakak bagi pokok kucai & benih cili burung. Pastu cubaan kali ke-2 semai batang pudina..harap2 kali ni berjaya hidup. Aku suka minum teh campur pudina & buat nasi beryani...nyum3.

 Rumpun serai ke-2 pun dh cantekk..sebelah2 tu pokok Calathea Clotalifera

Heliconia, Calathea Clotalifera & Costus Spicatus yang benihnya aku mintak dengan tukang kebun kat pusat Latihan JBA Pahang, Janda Baik memang subur...Heliconia sejak tanam di tanah semakin galak berbunga tapi dah abih trim..pokok lipstik pun subur..just Calathea tu baru nak subur balik..dah pindah ke tanah ok la kot, dia lemas duk dalam pasu...hihihihi. 

Orkid dalam botol minyak ats pokok kari...hehehe

Tanah kecik jer tapi angan2 besar...tapi di mana ada kemahuan, insyaAllah di situ ada jalannya....:)

2 comments:

TukangKebun said...

Hehehe. ..buka kat opis ke. Moga makin hijau di sana.

gina marna said...

:) hehe... InsyaAllah makin hijau tanah sekangkang monkey nii :))