Gambar-gambar ni dah agak lama...sebelum kejadian keguguran. Alhamdulillah bunga telang sangat aktif berbunga & dah berhasil masak nasi kerabu biru dengannya..TQ Diana. Ros pun dah berbunga untuk second round tapi kali ni ade sekuntum jer...anyway pagi td dah confirm ade 2 lagi putik nak bertunas...yeayyy. Sundal malam yang dibeli dr Pasar Jumaat masa blk kampung dah layu bunganya & dah dipecah-pecah, ke 3 pasu & satu direct ke tanah..Satu dah bagi pada kawan pejabat as souvenir& satu lagi nampaknya dah nak berbunga...wahhh kembang idung berjaya tanam bunga yang rata-rata orang bagi tau susah nak berbunga kecuali mereka yang pakar atau sejuk tangannya..:). Tak rugi melabur RM15 (mahal ker?)..hehehe.
Bunga pertama, benih dari KBB
Bunga kali ke-2, pokok asal Cameron Highlands
Sundal malam hasil belian di Pasar Jumaat, sedia berbunga
3 comments:
Oh harumnya kebun di sana ya rasa sampai di sini boleh bau.
:)
Tak seharum KBB..byk bunga-bunga mekar.
Yang ni baunya waktu malam kalau letak dalam rumah semerbak naik bulu roma.
Post a Comment