Tuesday, June 1, 2010

Makwe Lama....Yati

Cerita forward dari emel....lom ade mood nak berbelog...huhuhu. Sorilaaa sesiapa nama Yati tuu..

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki butatersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannyakepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…………

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannyakepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,“Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan.” Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belum ada satu pun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yangboleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur.

Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati,kamu usapkan sudu ini diketiak kamu”

“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.

“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan menyerahkan kembali kepada Amin.
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun menghidu sudu itu, dengan mengenyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja disini……. boleh saya jumpa dia”

Amin: ???????????? ????.(bengang)Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa…………………

3 comments:

~aSHa~ said...

ahahahah jahat amin ni...pekena kan org buta..dia buta di mata..di hati nya celik akal..

TokNabe said...

:)

joe black said...

wah, wah, wah.. si Amin kena batunya..he,,he,,he,,