Wednesday, April 9, 2014

2nd Lilium

:) lilium dr pokok kedua dh berkembang...actually waktu cerita ni ditaip dah gugur pun..hehe. 
Very pretty & wangi sebenarnya bunga lilium nii...yang pink aritu lupa lak nak cium ade bau ke tak.
Pokok ni yang paling tinggi antara 3 benih yang di tanam tuu...skrg tunggu pokok ke-3 pulak mcm mana rupa bunganya :).




Sunday, February 23, 2014

Kronologi Lilium

Ceritanya bermula dari bawah bukan dari atas...hihihi malas nak upload semula. Alkisah bulan November dulu ada order benih lilium dr KBB...wahhh excited sangat nak tanam. Alhamdulillah pokok-pokok ni melepasi tahap kritikal semasa musim banjir tak seperti nasib malang strawberry candy rose yang mati terlebih air...huhuhuhu. Salah satu dari pokok tu dah pun berbunga, walaupun pokoknya kecik jer & bunganya cuma sekuntum tapi happy x terkata boleh tgk bunga ni di laman sendiri.. biasa tengok dalam gamba jerrr :). Anyway gamba nyer masa full blooming x sempat snap sbb kena outstation lagi...huhuhu

 Balik dari opis pukul 5, tgk2 dia dah kembang

 Pandangan dari tepi, belum full blooming

 Sehari sebelum kembang...tak sabarr sgt ms ni

 Penantian satu penyeksaan...gitu

 Syukurlah nak berbunga walaupun pokok kecik sgt mcm tak cukup zat

 Pokok yang plg kecik antara 3 benih lilium yg ditanam

Monday, February 3, 2014

Monday Blues

 kesum pasu baru

 pegaga diserang ulat

 kucai pecah jadi 2 pasu

 Siti Zubaidah yg tak berbunga

 pak choi benih KBB 

 Orkid from CH

 lemon from CH

 Heliconia yg subur

mulberi baru nak menapak :)

Wednesday, January 1, 2014

1.1.2014

SUKA DUKA SILIH BERGANTI..
TAHUN BARU DATANG DAN PERGI..
MOGA MEMORI MENJADI INSPIRASI DAN MOTIVASI...

SENYUM SOKMO!

Tuesday, December 10, 2013

Selepas Banjir

Nak satu slice...huhuhu


Alhamdulillah banjir dah surut sepenuhnya...3 hari terkurung di rumah tanpa letrik, tanpa air, tanpa talian telefon & tangki minyak kereta yang hampir kering. Balik ke pejabat pun kerja dalam gelap. seingat-ingat duduk di Kemaman sejak 10 tahun yg lalu tak pernah banjir besar gini. Alhamdulillah juga rumahku memang tak sampai air banjir tapi dah jadi macam pulau sebab tak leh nak keluar ke mana dah..ke Kuantan jalan tutup, nak ke Kuala Terengganu pun sama...terperuklah di rumah, hampir-hampir jer nak menyerah diri ke pusat pemindahan banjir tapi rasa macam tak perlu..orang lain lebih memerlukan lagi rasanya.

6 Disember genap setahun pemergian anakanda Irfan...hati, jiwa dan raga tak pernah melupakan dia...semoga damai di sana anak syurgaku...mama always love u!

Alhamdulillah juga semalam 9 Disember hari lahir yang tak diraikan pun sebab semua kedai kek dah tenggelam dek banjir atau barang mereka rosak sebab takde letrik...huhuhu bukan sebab tu pun tapi sebab dah tua kot..laki pun tak ingat besday bini dia..uhuhuhu. Nak choc indulgence tapi SR Kemaman teruk selam banjir...kesian..kesian..kesian..hmm tapi dorang leh claim insurans kan...:)