Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan tersibuk semenjak bekerja

dalam proses sisih


yes...Ramadhan 2011 adalah yg tersibuk semenjak akak bekerja full time..tahun lepas ade gak masa berpoya-poya di tengah hari ke bandar Taxes..tahun ni x sempat lah. bz with 5S & ntahlah...mcm2 ader. anyway yang paling best sebab pagi2 kul 8.30 ade sesi tadarus...ermm rasanya nak promote dah terlewat dah..hehe lagi x berapa hari nak cuti dah.

Nape 5S?? huhuhu akak x reti nak jawab dik tapi yang pentingnyer dalam pekeliling dah ader sebut pejabat2 Kerajaan mesti amalkan 5S..bukan untuk sijil semata-mata uols itu x ikhlas..ahakz i smell ikan di sini...opssss.

Dahlah...tengah sakit perut nii. memulas-mulas rasanye mcm nk kuar air ketuban jek...huhuhu veryder hyperbola. cauu

Sunday, August 21, 2011

Tuning into raya songs..

Kurang 10 hari lagi nak beraya...hmmm sayu la pulokkk bila ingat akan tinggalkan Ramadhan...berapa banyak yang telah dapat aku kutip. hmm anyway hari ni hari mendengar lagu-lagu raya tanpa henti...huhuhu kes tensi ngan audit ISO & 5S la nii.

Lagu raya yang paling best x tau la yang mana tp mesti dengar yg malar hijau beb...lagi lama lagi best lagu raya nii. anyway lagu yang paling menyentuh kolbu mestilah lagu kupohon restu ayah bonda, mamat exist...uwaaaaa melelehhh airmata dgr nii. ser lagi lagu airmata syawal, dct. kang dah bertambah tensi dgr lagu2 sedih niii....apedaaa..

Thursday, August 18, 2011

Masa untuk Berubah

Aku sering bertanya pada diri sendiri, bilakah detik perubahan akan berlaku dalam kehidupan aku..tahun barukah, hari lahirkah atau bila sebenarnya. Setiap tahun aku berazam namun setiap tahun jugalah azam hanya tinggal azam. Ramadhan tahun ini adalah yang paling terkesan dalam hidupku...mungkin inilah detik perubahan yang aku tunggu mungkin inilah masanya untuk aku berubah..Dengan izin Allah. Aku sering mendengar ungkapan bahawa anggaplah Ramadhan ini yang terakhir, insyaAllah kau akan bersungguh-sungguh mengerjakannya..Moga Allah berikan aku kekuatan kerana aku rasa diri ini sangat kerdil.

Thursday, August 11, 2011

Benci tapi rindu

Benci nak berblogging lagiii tp at the same time aku rindu..masih tajamkah mata pena ini..perghh tiba-tiba rase hebat bagai seorang penulis. Ramadan dah hampir seperdua, betapa cepat masa berlalu...andai mau tahu apa erti sesaat tanyalah kepada mereka yang bercinta kerana masa itu amat bermakna..yang berlalu x akan kembali. Andai tidak dapat bertemu lagi Ramadan, pastilah sarat d dada menanggung rindu dendam bak orang d lamun cinta...:-)