Sunday, June 29, 2014

Salam 1 Ramadhan

Salam 1 Ramadhan...
Sempena menyambut Ramadhan, selain drpd beli brg2 dapur semalam, beli jugak 2 bungkus/bouquet bunga kekwa nk ganti roses kering yang beli di CH dulu. Perghh..berseri-seri rumahku..hihihi. Walaupun takde bau wangi tapi bunga kekwa ni mmg terkenal dgn tahan lama kan...sooo sempat la kot beli sekali lagi sebelum Raya.

Anyway...Ramadhan tahun ini adalh first time beraya tanpa ayah di sisi. hmm..24th June aritu ayah dah pergi kerana sakit tua. Kami sekeluarga mmg dah sedia untuk masa tu sbb ayah dah lama terlantar. Kuburnya dekat sangat dengan kubur arwah Irfan..al Fatihah untuk kedua-duanya....aminnn.





Tuesday, June 3, 2014

Berpantang kali ke-4

Blom ada rezeki lagi nak tambah anak...Baru habis pantang 10 hari nii..huhuhu brp hari nak pantang pun tak tau nii...cakap kat kanda 40 hari la kot sama mcm beranak..huhu. Second week miscarriege dah kene masuk keje, nak mintak cuti pun malas ngan keje berlambak nii. hmmm..i need a long vacation, maybe bulan posa boleh cuti & beramal ibadat dgn tenang...harapnya gtulah. Oklah..don't be seteres..ssh pulak nak dapat baby..hewhewhew. Andai ini takdirNya, terima dengan hati terbuka and lets pray for the best. bak kata 3 Idiots "All is well" :))