Friday, October 3, 2014

Sharing is caring


Sharing is caring konsepnya bagi seorang pekebun ialah bila satu pasu ditanam dengan 4 jenis pokok..pegaga, amaryllis, gladioulus & cekur (bwh semak pegaga tuu). Jimat tanah kan :))

Thursday, October 2, 2014

Berjinak-jinak dengan RJ

Semua benih dari rumah kakak di kampung... :)




Ros...rosa..rose

Ros dibeli di Cameron Highland..ros mini actually. Still survived dgn cuaca x menentu & pemangsa-pemangsanya...hihi pemangsa la sgt kan ulat, belalang & kumbang. Bertambah subur & lebat berbunga lepas tuan tanah dapat petua baja ros dgn kulit pisang & hampas teh...perghh sekali kuar 10 kuntum daa...tapi sekarang yg bloomings 8 kuntum :). Inilah dipanggil kebahagiaan seorang pekebun..hihihi.






Sunday, June 29, 2014

Salam 1 Ramadhan

Salam 1 Ramadhan...
Sempena menyambut Ramadhan, selain drpd beli brg2 dapur semalam, beli jugak 2 bungkus/bouquet bunga kekwa nk ganti roses kering yang beli di CH dulu. Perghh..berseri-seri rumahku..hihihi. Walaupun takde bau wangi tapi bunga kekwa ni mmg terkenal dgn tahan lama kan...sooo sempat la kot beli sekali lagi sebelum Raya.

Anyway...Ramadhan tahun ini adalh first time beraya tanpa ayah di sisi. hmm..24th June aritu ayah dah pergi kerana sakit tua. Kami sekeluarga mmg dah sedia untuk masa tu sbb ayah dah lama terlantar. Kuburnya dekat sangat dengan kubur arwah Irfan..al Fatihah untuk kedua-duanya....aminnn.





Tuesday, June 3, 2014

Berpantang kali ke-4

Blom ada rezeki lagi nak tambah anak...Baru habis pantang 10 hari nii..huhuhu brp hari nak pantang pun tak tau nii...cakap kat kanda 40 hari la kot sama mcm beranak..huhu. Second week miscarriege dah kene masuk keje, nak mintak cuti pun malas ngan keje berlambak nii. hmmm..i need a long vacation, maybe bulan posa boleh cuti & beramal ibadat dgn tenang...harapnya gtulah. Oklah..don't be seteres..ssh pulak nak dapat baby..hewhewhew. Andai ini takdirNya, terima dengan hati terbuka and lets pray for the best. bak kata 3 Idiots "All is well" :))

Thursday, May 22, 2014

Layu Sebelum Berkembang

A true sad story...hehe..mmg sedih pun. Betapa teruja nak tengok si Peruvian Lily ku yang pertama kembang setelah setahun di tanam..tengok-tengok dah patah tengkok diterjah si kucing durjana...opsss. Iyalah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sabar & redha ajer laaa...





Ngidam anak tekak

Cerita mengidam masa cuti Wesak Day...kes ngidam anak tekak nak makan laksam buatan sendiri :). Alhamdulillah menjadi & berbaloi-baloi dpt mkn 2 kali...brekfes & lunch. yeayy kenyang perut suka hati. Salah satu ulam untuk laksam ni adalah daun kesum dari kebun sendiri..tu yg lg tmbh semangat nk mkn..hihihi.











burrppp...Alhamdulillah

Wednesday, April 9, 2014

2nd Lilium

:) lilium dr pokok kedua dh berkembang...actually waktu cerita ni ditaip dah gugur pun..hehe. 
Very pretty & wangi sebenarnya bunga lilium nii...yang pink aritu lupa lak nak cium ade bau ke tak.
Pokok ni yang paling tinggi antara 3 benih yang di tanam tuu...skrg tunggu pokok ke-3 pulak mcm mana rupa bunganya :).




Sunday, February 23, 2014

Kronologi Lilium

Ceritanya bermula dari bawah bukan dari atas...hihihi malas nak upload semula. Alkisah bulan November dulu ada order benih lilium dr KBB...wahhh excited sangat nak tanam. Alhamdulillah pokok-pokok ni melepasi tahap kritikal semasa musim banjir tak seperti nasib malang strawberry candy rose yang mati terlebih air...huhuhuhu. Salah satu dari pokok tu dah pun berbunga, walaupun pokoknya kecik jer & bunganya cuma sekuntum tapi happy x terkata boleh tgk bunga ni di laman sendiri.. biasa tengok dalam gamba jerrr :). Anyway gamba nyer masa full blooming x sempat snap sbb kena outstation lagi...huhuhu

 Balik dari opis pukul 5, tgk2 dia dah kembang

 Pandangan dari tepi, belum full blooming

 Sehari sebelum kembang...tak sabarr sgt ms ni

 Penantian satu penyeksaan...gitu

 Syukurlah nak berbunga walaupun pokok kecik sgt mcm tak cukup zat

 Pokok yang plg kecik antara 3 benih lilium yg ditanam

Monday, February 3, 2014

Monday Blues

 kesum pasu baru

 pegaga diserang ulat

 kucai pecah jadi 2 pasu

 Siti Zubaidah yg tak berbunga

 pak choi benih KBB 

 Orkid from CH

 lemon from CH

 Heliconia yg subur

mulberi baru nak menapak :)