Monday, August 27, 2007

EksideNg

Aku & papa eksiden masa on the way ke tempat aku sepatutnye pegi mengutip sampel research pada hari Rabu, 22 Ogos 2007. kami telah dilanggar oleh sebuah kereta Wira kaler merah di sisi sebelah kiri dan buat kete berpusing sampai papa p langgar pulok sebuah kete Iswara kaler putih yg diparkir di tepi jalan..semua penumpang terselamat daripada maut tetapi kete tetaplah mengalami kesakitan yg amat sangat dan telah masuk ke bengkel. sekarang masih dalam urusan dengan pihak insurans nak baiki kereta itu..ketiga-tiga buah kereta adalah buatan Malaysia.

Papa dengan kuase ajaibnya telah berjaya mengpsiko org yg memandu cuai sehingga menyebabkan kereta kami ancus, meminjamkan kereta mummy nyer selama mana kereta kami masih dalam bengkel...huhu kereta buatan Malaysia jugop iaitu sebuah sang Kancil kaler turquoise. perjanjian mulut itu telah disusuli dengan perjanjian bertulis bersaksikan seorang anggota Polis..harap maklum.

alangkah sakitnye badan aku ini kerana telah lebam2 di kaki dan juga tangan sebelah kanan. setelah 3 hari demam...akhirnya aku sihat semula dan telah mengdatangkan diri ke opis. akan tetapi tangan dan kaki ini tidak boleh lagi buat keje2 berat seperti mendaki bukit, menumbuk bawang dan mengedit blog...hihihi. itulah cerita aku yang kemalangan..

dan sama-sama juga kita doakan sahabat kita iaitu adinda Sofi yg baru keluar wad semoga sihat semula dapatlah pegi jalan-jalan lagi di Mydin Mall dan main boling di TER...

No comments: