Wednesday, January 1, 2014

1.1.2014

SUKA DUKA SILIH BERGANTI..
TAHUN BARU DATANG DAN PERGI..
MOGA MEMORI MENJADI INSPIRASI DAN MOTIVASI...

SENYUM SOKMO!

Tuesday, December 10, 2013

Selepas Banjir

Nak satu slice...huhuhu


Alhamdulillah banjir dah surut sepenuhnya...3 hari terkurung di rumah tanpa letrik, tanpa air, tanpa talian telefon & tangki minyak kereta yang hampir kering. Balik ke pejabat pun kerja dalam gelap. seingat-ingat duduk di Kemaman sejak 10 tahun yg lalu tak pernah banjir besar gini. Alhamdulillah juga rumahku memang tak sampai air banjir tapi dah jadi macam pulau sebab tak leh nak keluar ke mana dah..ke Kuantan jalan tutup, nak ke Kuala Terengganu pun sama...terperuklah di rumah, hampir-hampir jer nak menyerah diri ke pusat pemindahan banjir tapi rasa macam tak perlu..orang lain lebih memerlukan lagi rasanya.

6 Disember genap setahun pemergian anakanda Irfan...hati, jiwa dan raga tak pernah melupakan dia...semoga damai di sana anak syurgaku...mama always love u!

Alhamdulillah juga semalam 9 Disember hari lahir yang tak diraikan pun sebab semua kedai kek dah tenggelam dek banjir atau barang mereka rosak sebab takde letrik...huhuhu bukan sebab tu pun tapi sebab dah tua kot..laki pun tak ingat besday bini dia..uhuhuhu. Nak choc indulgence tapi SR Kemaman teruk selam banjir...kesian..kesian..kesian..hmm tapi dorang leh claim insurans kan...:)

Tuesday, November 26, 2013

Kisah Sama tapi Tak Serupa 2.0

Memang sama tapi serupa punya kejadian...huhuhu daunnyer mmg sama...bunga yang tak sama. Aku pun jadi kompius ngan tukang jual ni..dia tau ke tak tau pokok tu lain-lain punye. Kalo beli kat nurseri leh gi buat aduan...huhuhu nasib la mcm comel jer..mcm comel jer..:)



Bunga pokok contoh


Bunga pokok beli

Monday, November 25, 2013

Masak-masak...


Apple crumble mkn dgn eskrim vanila


Beef lasagna


Roti nan & kari daging Ramly


Lamb chop


Chicken chop

Ketam rebus...:)

Sunday, November 10, 2013

Kisah Sama tapi Tak Serupa

Pokok orkid ni dibeli masa karnival bunga & tanaman di bandar Cukai tp dah lupa bln brp. Nak beli yang sedia berbunga mahal sangat sooo akak angkat la satu (bak kata mat bangla yang jaga stall nii) tapi kerana tak mampuuu akak angkat anak pokok jer 2 pasu, keratan 2 pokok, pasu 3...hihi banyak jugak kena bayar tadi kate tak mampuu..hihihi.

Alkisahnya 2 hari lepas dia berkembang setelah berbunga for the first time...huhuhu akak kuciwaa tapi still bersyukur..sebabnye pokok contoh yang akak tgk tu lain benor bunganye. Sempat snap aritu pakai hp hubby..bunga bintik2 purple & krim pahtu besor skit. Yang ini lain, kecik lok tuu..huhuhu. rupa-rupanya daun & pokok je sama..sama tapi tak serupa..hehehe. 



Tecit jerr


Close up gni nmpk beso 

Wednesday, November 6, 2013

Update kebun

Gambar-gambar ni dah agak lama...sebelum kejadian keguguran. Alhamdulillah bunga telang sangat aktif berbunga & dah berhasil masak nasi kerabu biru dengannya..TQ Diana. Ros pun dah berbunga untuk second round tapi kali ni ade sekuntum jer...anyway pagi td dah confirm ade 2 lagi putik nak bertunas...yeayyy. Sundal malam yang dibeli dr Pasar Jumaat masa blk kampung dah layu bunganya & dah dipecah-pecah, ke 3 pasu & satu direct ke tanah..Satu dah bagi pada kawan pejabat as souvenir& satu lagi nampaknya dah nak berbunga...wahhh kembang idung berjaya tanam bunga yang rata-rata orang bagi tau susah nak berbunga kecuali mereka yang pakar atau sejuk tangannya..:). Tak rugi melabur RM15 (mahal ker?)..hehehe.


Bunga pertama, benih dari KBB



Bunga kali ke-2, pokok asal Cameron Highlands



Sundal malam hasil belian di Pasar Jumaat, sedia berbunga

Selepas 44 Hari

Alhamdulillah badan dan minda masih sihat..Terima kasih ya Allah. Kau tarik satu nikmat tapi Kau beri nikmat yang lain. Wanita mana tak sedih kerana kehilangan anak dalam kandungan, lebih2 lagi aku yang sangat berharap..tapi perancangan Allah lebih baik. Aku terima, tanpa sakit hati...kesakitan lepas proses erpoc pun aku dah boleh lupa :) Alhamdulillah.

So, life must goes on.