Thursday, May 30, 2013

Meatball ala IKEA...entri terperam

Duk belek blog-blog masakan, terliur pulak tengok resepi meatball ala Ikea. Sekali jer pun penah makan kat Ikea menda ni...biasa gi shopping kat Ikea, makan kat lain..lagi pun jauh bukan leh gi selalu :). Orang kate cukuplah sekali pun takut meleleh air liur ngidam..hahaha.

Aku ikut resepi dari SINI. First time buat, kongsi ngan anakanda je 5 bijik sorang..papa dia x mboh makan..papa punye menu nasi & kari ikan...hmm as alwayssss. 


Barang mentah aku beli kat Pasaraya Nirwana..kebetulan sangat masa duk ngidam tu terjumpa meatball jenama Marina ni, apalagi terus la jadi projek. Memang best meatball cap Marina nii..tak terungkap dengan kata-kata..hewhewhew.

 Fisrt time masak


Dalam peket Marina ni ade dua puluh ketul..So dua kali makan..kali ke-2 tu papa pun join sekali. Balik kerja terus aku perangat kuah, goreng meatball & fries...lapoooo gile wohh x lunch. hehehe tapi malam tu dinner nasik plak...kwang3 camne la nak slim gni weyyy..


Selepas simpan dalam peti ais sehari & perangat semula..gelap sket gravy dia

Sunday, May 26, 2013

Never lose hope...and happiness

Tak mau citer yang sedih2...walaupun airmata ni laju je mengalir bile teringat kenangan yang mencuit kalbu. sekarang nak bagi jiwa x kacau kenalah cari hobi baru & hobi lama semula. Alhamdulillah mood nak menjahit manik dah kembali...mood nak blogging dah kembali & mood nak bercucuk tanam dah kembali. Mood nak tambah ilmu dunia & akhirat jua x pernah surut...aminnn. 

Sekarang dah start melawat-lawat blog berkebun...cari ilmu wehhh..orang menanam tumbuh elok jer, aku tanam banyak yang mati..hidup pun segan mati tak mau..hahaha. Amaryllis yang comb nyer dibeli masa gi Sabah tahun 2011 dulu pun x berbunga lagi...haishhhh...liat bebenor. Sedih pun ader ni..agaknye memang tak cukup ilmu lagi aku ni. huhuhu...:(


cantikkk sangat 
sumber dr google (http://www.fanpop.com)

Sunday, May 19, 2013

Tanpa dia...

Wow...it's been ages. 

Lama tak mengarut di sini...ntahlah, aku rasa semangat nak berblogging hilang dengan kehilangan comelku tersayang. Aku terpaksa jadi kuat kerana dengan kekuatan aku InsyaAllah orang di sekelilingku juga akan kuat.

Walaupun aku tak sempat mendengar dia memanggilku MAMA tapi aku tahu dalam bahasanya yang tersendiri itu dia selalu memanggil aku MAMA..


Rest in peace Adik...pari-pari syurgaku.

Monday, December 10, 2012

Harijadi Tahun Ini

Semalam tarikh 9 Disember, harijadiku yang ke-34...alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk hidup di dunia Nya. Tiga hari sebelum harijadiku, 6 Disember 2012...anak kecilku yang tercinta Muhammad Irfan Shah telah dijemput Allah kembali ke sisiNya. Adakah itu hadiah harijadi terbesar dalam hidupku?? Alhamdulillah! Terima kasih Allah. Sesungguhnya kesabaran itu amat berat tetapi aku tahu buah kesabaran itu sangat manis...janji Allah itu pasti. Sedih....memang aku sedih tapi aku lebih gembira kerana aku tahu tempatnya sudah pasti di Syurga.

Sunday, May 20, 2012

Aku Wanita Biasa

Kadang ku kuat setegar karang..
Kadang ku rapuh lemah liar merana..

Monday, April 30, 2012

Saraf Tidur

manje papa nii..


Dua minggu lepas ade sesi ngan speech therapist adik.. Dia cakap adik dah banyak perkembangan tapi cakap still berat mulut...So dia ajar & suruh aku praktis kat umah, ngurut muka & dalam mulut adik. She said maybe saraf-saraf adik ni tido so kene bangunkan dengan cara urutan...setakat ni aku leh praktis urut luar je...dalam mulut susah dia nak bagi...kene cari mood yang seswai tapi masa aku je asik tak seswai...hmmm. Papa x mboh buat, dia x percaya la tuuu...I do believe in miracle, dengan izin Allah jua.


Bayu dan Pawana




Bayu bertiuplah di setiap dedaun menghijau
bawalah khabar kepadanya
katakan Aku rindu...

Pawana beraraklah dikau
lindungilah rinduku dari suria memancar
panas membahang..